fb fb fb fb fb

Sokong Hamas: Iran bantah kenyataan G7

Presiden Iran, Ebrahim Raisi /FOTO AFP

TEHRAN, 9 November- Iran pada Khamis menolak kenyataan G7 yang menggesa Tehran agar berhenti menyokong pergerakan Hamas dan mengambil tindakan yang boleh
"mengganggu kestabilan" Asia Barat.

Jurucakap Kementerian Luar Iran, Nasser Kanani membidas kenyataan kumpulan G7 yang disifatkan sebagai berat sebelah.

Tambah Kanani, Iran terlibat dalam usaha menghentikan serangan rejim Zonis Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, namun menafikan sebarang penglibatan dalam perang berkenaan.

"Mesyuarat G7 di Tokyo hanyalah sebagai tanggungjawab antarabangsa termasuk mengutuk tindakan rejim Zionis yang melanggar hak asasi kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa di Gaza", kata Kanani dalam satu kenyataan.

Kenyataan yang dibuat Tehran itu hadir selepas mesyuarat menteri-menteri luar G7 di Tokyo yang menyatakan sokongan kepada pemberhentian sementara perang Israel-Hamas bagi bantuan dan koridor kemanusiaan di Gaza.

Sebelum ini, Presiden Iran, Ebrahim Raisi menyatakan adalah menjadi tugas negara itu bagi menyokong kumpulan pejuang menentang Israel, namun menegaskan kumpulan berkenaan bertindak secara bebas.

Sejak Revolusi Islam 1979, Iran menjadikan sokongan terhadap perjuangan Palestin sebagai dasar luar dengan tidak mengiktiraf pendudukan Israel di negara berkenaan.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD