fb fb fb fb fb

Jutawan Jepun tangguh perjalanan ke bulan

Jutawan fesyen, Yusaku Maezawa/ FOTO REUTERS

TOKYO, 9 November - Jutawan Jepun Yusaku Maezawa pada Khamis mengumumkan penangguhan perjalanan bagi mengelilingi Bulan menggunakan roket SpaceX.

"Kami merancang untuk misi orbit bulan kami 'dearMoon' yang akan berlangsung pada 2023. Tetapi nampaknya ia akan mengambil sedikit masa lagi," kata Maezawa.

"Kami tidak pasti bila penerbangan itu akan berlaku," kata usahawan itu di X, sebelum ini Twitter.

Menerusi satu kenyataan di laman sesawang dearMoon, penangguhan tersebut disebabkan oleh proses pembangunan Starship yang masih belum selesai.

“Ujian penerbangan pertama kapal angkasa itu pada April 2023 memberikan isyarat yang secara langsung menyumbang kepada bagi meningkatkan kebarangkalian kejayaan pada penerbangan Starship masa hadapan,” kata kenyataan itu.

Maezawa sebelum menjadi lelaki pertama di dunia pada tahun 2018 yang menempah kerusi dengan menaiki roket tersebut yang dibina oleh syarikat milik bilionair dari Afrika Selatan, Elon Musk.

Dia telah memilih lapan orang awam dari seluruh dunia untuk menyertainya dalam ekspedisi ke bulan yang ditaja olehnya dengan menaiki roket Starship.

Daripada kira-kira satu juta permohonan yang diterima jutawan berkenaan, jutawan fesyen berkenaan telah memilih DJ dan penerbit Steve Aoki, YouTuber ,Tim Dodd, artis Yemi AD, jurugambar Rhiannon Adam dan Karim Iliya.

Selain itu, pembikin filem, Brendan Hall, pelakon, Dev Joshi, dan pemuzik K-pop TOP turut terpilih dalam ekspedisi berkenaan.

Sementara itu, laman sesawang SpaceX dalam satu kenyataan menyatakan ujian penerbangan kedua Starship boleh dilancarkan seawal pertengahan November sementara menunggu kelulusan kawal selia.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD