fb fb fb fb fb

Slogan anti-Adani dilaung di parlimen

NEW DELHI, 2 Februari– Ahli parlimen pembangkang melaungkan slogan terhadap Kumpulan Adani di parlimen India pada Khamis selepas laporan A.S. yang menuduh konglomerat itu menggunakan perlindungan cukai dan manipulasi saham.

Perkara itu turut menimbulkan kebimbangan mengenai bebanan hutang.

Bantahan oleh parti pembangkang berlaku sehari selepas syarikat utama kumpulan itu meninggalkan tawaran sahamnya bernilai $2.5 bilion.

Kerugian pasaran Kumpulan Adani meningkat kepada lebih daripada $100 bilion sejak minggu lepas apabila Hindenburg Research menerbitkan laporan itu.

Parti Kongres pembangkang mendesak Perdana Menteri Narendra Modi untuk bercakap mengenai perkara itu dan menggesa siasatan kehakiman bebas terhadap dakwaan yang dibuat terhadap Kumpulan Adani.

Konglomerat itu menafikan tuduhan tersebut dan berkata dakwaan mengenai manipulasi saham sebagai "tidak berasas".

Kedua-dua dewan parlimen itu ditangguhkan kerana parti pembangkang melaungkan slogan anti-Adani, termasuk "Down with Modi-Adani".

Bagaimanapun hubungan baik antara Gautam Adani dan Modi yang berasal dari barat Gujarat telah lama mendapat perhatian ali politik pembangkang.

Namun Adani menafikan dakwaan bahawa dia menerima keistimewaan daripada hubungan rapat dengan Modi.- REUTERS

(Bangunan Parlimen India/REUTERS)

 

Media Baharu