fb fb fb fb fb

Penyerang masjid Pakistan memakai seragam polis, langgar etika keselamatan

ISLAMABAD, 2 Februari- Polis Pakistan telah mengenal pasti pengebom berani mati yang menyerang sebuah masjid di Peshawar minggu ini, kata ketua polis wilayah Khyber Pashtunkhwa hari ini.

Pengebom berani mati itu telah melanggar etika keselamatan kerana memakai pakaian seragam polis.

Serangan yang berlaku pada Isnin itu telah menyebabkan kematian lebih 100 orang awam termasuk tiga anggota polis.

Ketua polis wilayah Khyber Pashtunkhwa Moazzam Jah Ansari berkata pengebom itu adalah sebahagian daripada "rancangan" bagi memasuki ke kawasan itu.- REUTERS

(Letupan di sebuah masjid di Peshawar, Pakistan/REUTERS)

Media Baharu