fb fb fb fb fb

Tentera Israel lancar serangan udara selepas AS rayu keganasan diredakan

PALESTIN, 3 Februari - Tentera rejim Israel menyerang bumi Gaza semalaman, hanya beberapa jam selepas Amerika Syarikat merayu semua pihak meredakan keganasan di Palestin.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini.

Rakaman video memaparkan tentera rejim zionis melancarkan serangan udara menyasarkan lokasi pembuatan roket dan senjata milik Hamas.

Letupan kuat menggegarkan bangunan sekitar dan meneranngi langit malam di Gaza disusuli siren amaran ancaman roket di Semenanjung Gaza.

Israel mendakwa tindakan itu dibuat bagi memintas serangan udara dilancar Hamas.

Israel tanpa belas kasihan telah melakukan serangan hampir setiap hari di Tebing Barat dan telah mengorbankan lebih 35 individu sejak tahun lalu. - REUTERS

Media Baharu