fb fb fb fb fb

Pakistan lulus reformasi perlembagaan, ketua tentera diberi kuasa lebih luas

Ketua tentera Pakistan, Asim Munir (dua kiri)/Foto REUTERS

ISLAMABAD, 11 November – Ketua tentera Pakistan, Asim Munir bakal diberikan kuasa lebih luas termasuk memegang komando keseluruhan tentera melalui jawatan baharu Ketua Pasukan Pertahanan, selepas Dewan Negara meluluskan rang undang-undang reformasi perlembagaan pada Isnin.

Langkah tersebut turut mengurangkan kuasa Mahkamah Persekutuan Tertinggi, menurut laporan.

Rang undang-undang diluluskan dalam tempoh kira-kira tiga jam selepas pihak pembangkang memboikot perbahasan dan kini akan dibawa ke Dewan Perwakilan sebelum menjadi undang-undang.

Selepas tamat tempoh perkhidmatan, Munir akan mengekalkan pangkat dan menerima imuniti undang-undang seumur hidup.

Reformasi itu turut mewujudkan Mahkamah Perlembagaan Persekutuan baharu yang akan mendengar kes perlembagaan, dengan hakim dilantik oleh kerajaan, manakala Mahkamah Persekutuan Tertinggi hanya akan mengendalikan kes sivil dan jenayah.

pihak yang membantah bimbang langkah itu memberi kelebihan kepada kerajaan dalam menentukan kes politik sensitif, sementara Presiden Asif Zardari turut akan menikmati imuniti seumur hidup daripada pendakwaan.

Pakistan, yang sebelum ini sering menghadapi rampasan kuasa tentera, kini sedang melalui tempoh kerajaan pilihan raya terpanjang dalam sejarahnya. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN