LIMA, 11 November - Polis Peru berjaya menyita lebih enam tan sirip ikan yu di Pelabuhan Callao, pada Isnin.
Sirip-sirip terbabit yang dianggar bernilai AS$8 juta itu disimpan di sebuah gudang dan dikeringkan serta dipercayai akan dieksport secara haram ke Asia.
Sirip ikan yu mendapat permintaan yang tinggi di benua itu kerana banyak dihidangkan dalam sup dan digunakan dalam pelbagai hidangan istimewa.
"Sirip ikan yu mendapat permintaan tinggi di Asia yang merupakan destinasi utama produk ini. Jadi harganya juga menjadi lebih mahal berbanding di sini," jelas Ketua Direktorat Penyiasatan Jenayah, Manuel Lozada.
Selain itu, tiga suspek diberkas dan kertas siasatan telah dibuka berhubung kes terbabit.
Tindakan memotong sirip ikan yu atau shark finning merupakan amalan yang telah diharamkan oleh pihak berkuasa. - REUTERS