fb fb fb fb fb

New Zealand umum AS$450,000 bantuan banjir tambahan

WELLINGTON, 2 Februari– Kerajaan New Zealand pada Khamis mengumumkan AS$450,000 sebagai pembiayaan tambahan untuk membantu operasi pembersihan di Auckland yang dilanda banjir serta beberapa kawasan lain negara itu.

Menurut pihak berkuasa, perubahan iklim serta hujan memburukkan lagi keadaan di Auckland dan sebahagian besar Pulau Utara New Zealand pada minggu lepas.

Empat orang maut dalam banjir dan kejadian tanah runtuh turut menyebabkan jalan raya ditutup, merosakkan rumah, ladang dan perniagaan.

"Perkara utama yang perlu dilakukan ialah memberi sokongan kepada orang ramai," kata Perdana Menteri New Zealand Chris Hipkins pada Khamis.

"Sudah tentu, kerajaan akan terus menggunakan cara terbaik dalam menangani permasalahan ini."

Bagaimanapun, amaran hujan kekal di kawasan tenggara Auckland.

"Hujan lebat dijangka memberikan impak kepada berlakunya banjir dengan lebih cepat," kata pakar meteorologi MetService, Lewis Ferris dalam satu kenyataan.

Bandar yang mempunyai 1.6 juta penduduk itu diingatkan supaya berada jauh dari kawasan laut dan air banjir kerana bimbang berlakunya pencemaran.

Operasi lif tidak beroperasi di kebanyakan bangunan tinggi menimbulkan kesukaran kepada penduduk.

Pusat pemindahan kekal turut dibuka di seluruh bandar.- REUTERS

(Kawasan dinaiki air akibat hujan lebat di Auckland/REUTERS)

Media Baharu