fb fb fb fb fb

'Skim piramid' selebriti Thailand antara 18 yang ditahan

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif iCon Group, Warathaphon Waratyaworrakul juga dikenali sebagai "Boss Paul" tiba di Biro Siasatan Pusat (CIB) Thailand/ AFP

BANGKOK, 17 Oktober - Polis Thailand menahan 18 orang, termasuk tiga selebriti, dan merampas kereta sport mewah.

Serta berjuta-juta dolar berkaitan dengan skim piramid menjual makanan tambahan kesihatan.

Penangkapan itu dibuat selepas lebih 1,000 orang memfailkan dakwaan penipuan dalam talian terhadap, sebuah syarikat yang menawarkan makanan kesihatan iaitu iCon Group,

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Warathaphon Waratyaworrakul atau dikenali sebagai "Boss Paul", telah ditahan pada Rabu.

Bersama seorang pengacara TV terkemuka dan seorang pelakon yang didakwa membantu meyakinkan mangsa untuk menyertai skim tersebut.

Menurut Ketua Polis Thailand, Kitrat Phanphet kepada pemberita, mereka telah membekukan 125 juta baht atau 3.8 juta dollar yang disimpan dalam akaun bank empat eksekutif syarikat itu.

Selain merampas kenderaan mewah termasuk Porsche dan Ford Mustang.

Polis sedang meneliti akaun bank dan pemindahan wang tunai yang dikaitkan dengan suspek untuk mengetahui sama ada, individu lain terlibat.

Syarikat itu didakwa memikat mangsanya dengan menawarkan kursus jualan dalam talian murah.- AFP

Trainee2