SINGAPURA, 27 April - Aktiviti penduduk di Singapura kembali normal selepas peraturan COVID-19 yang dilaksanakan sejak dua tahun lalu dilonggarkan.
Langkah pelonggaran itu memberi kelegaan kepada rakyat Singapura .
Antara langkah pelonggaran yang diumum pada minggu lalu termasuk had saiz kumpulan bagi pertemuan sosial dan penjarakan fizikal ditarik balik .
Orang ramai juga tidak perlu lagi mengimbas aplikasi untuk memasuki premis perniagaan.
(FOTO AFP)
Kesemua kakitangan kini boleh kembali bertugas di pejabat di samping mematuhi garis panduan yang ditetapkan majikan.
Sementara pekerja institusi perbankan yang bertugas di pejabat secara bergilir-gilir sejak dua bulan lalu, juga akan kembali bekerja setiap hari bermula minggu ini.
Ramai pekerja menyambut baik langkah yang membenarkan kakitangan kembali bertugas di pejabat dengan kapasiti penuh.