fb fb fb fb fb

Singapura catat satu lagi kes cacar monyet melibatkan warga Filipina

(FOTO FAIL)

SINGAPURA, 28 Julai - Singapura merekodkan satu lagi kes cacar monyet semalam, sekali gus meningkat kepada sembilan kes setakat ini.

Pesakit lelaki warga Filipina berusia 31 tahun itu diuji positif dan dimasukkan ke wad di Hospital Awam Singapura.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura, pesakit itu mengalami demam pada 21 Julai lalu sebelum ruam dikesan pada muka dan merebak ke bahagian lain badan.

(FOTO HIASAN)

Ahad lalu, dua kes cacar monyet dikesan di Singapura membabitkan seorang mangsa warga Estonia berusia 46 tahun dan seorang lagi, warga Singapura berusia 26 tahun.

Kedua-dua pesakit dibawa ke Pusat Penyakit Berjangkit Antarabangsa dan berada dalam keadaan stabil.

Setakat ini, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada sembilan orang termasuk empat jangkitan tempatan dan lima jangkitan import tetapi kesemuanya tiada kaitan antara satu sama lain.

Kementerian Kesihatan Singapura kini giat mendekati golongan paling terdedah, yang mana kajian menunjukkan golongan lelaki melakukan hubungan seks sejenis adalah golongan berisiko tertinggi.-AFP

Media Baharu