fb fb fb fb fb

Kakitangan London Tube rancang mogok bulan depan

(FOTO FAIL AFP)

LONDON, 28 Julai - Kakitangan kereta api bawah tanah London merancang untuk mengadakan mogok pada 19 Ogos ini dalam pertikaian perindustrian terbaru yang boleh mengganggu perkhidmatan pengangkutan Britain.

Menurut Kesatuan Kereta Api, Maritim dan Pengangkutan (RMT), Transport For London (TFL) gagal mengadakan perbincangan mengenai melindungi pekerjaan dan pencen.

(FOTO FAIL AFP)

Britain kini berhadapan dengan pergolakan perindustrian yang semakin meruncing.

Susulan itu, beberapa industri antaranya perkapalan, kereta api dan pendidikan terjejas. Ia belaku ketika gaji pekerja tidak selaras dengan kadar inflasi yang melambung tinggi.

Inflasi di Britain diramal mencecah 10 peratus akhir tahun ini.-AFP

Media Baharu