fb fb fb fb fb

Rajapaksa dibenar berada di Singapura untuk 2 minggu lagi

(Gotabaya Rajapaksa/REUTERS)

SINGAPURA, 27 Julai- Pihak berkuasa Singapura membenarkan bekas presiden Sri Lanka, Gotabaya Rajapaksa, tinggal di negara ini untuk tempoh 14 hari lagi, kata sumber yang rapat dengan perkara itu kepada Reuters pada Rabu.

Visa jangka pendek diberikan kepada Rajapaksa selepas beliau tiba di Singapura, dua minggu lalu, menurut dua sumber di Colombo dan Singapura; kedua-duanya mempunyai pengetahuan mengenai perkara berkenaan.

Dengan perkembangan ini, Rajapaksa boleh tinggal di Singapura sehingga 11 Ogos depan.

Rajapaksa tiba di Singapura pada 14 Julai, sehari selepas dia melarikan diri dari negara yang dicengkam krisis ekonomi itu, melalui Maldives.


(Gotabaya Rajapaksa dari Sri Lanka menyanyikan lagu kebangsaan semasa sambutan Hari
Kemerdekaan ke-74 negara itu di Colombo, Sri Lanka 4 Februari 2022. Beliau meletak
jawatan sebagai presiden bulan ini/REUTERS


Susulan itu, perdana menteri sebanyak enam kali, Ranil Wickremesinghe dilantik sebagai presiden baharu dalam undi rahsia di parlimen negara itu.

Sri Lanka yang mempunyai 22 juta penduduk mengalami krisis ekonomi susulan krisis kewangan sejak beberapa bulan lalu.

Kesannya, Sri Lanka berdepan masalah kekurangan bahan api, makanan dan barangan keperluan apabila rizab antarabangsa negara itu merosot dengan teruk.-REUTERS

Media Baharu