fb fb fb fb fb

20,000 kakitangan Lufhansa mogok, lebih 1,000 penerbangan dibatalkan

(FOTO AFP)

FRANKFURT, 28 Julai - Lebih 1,000 penerbangan dari hab utama Frankfurt dan Munich terpaksa dibatalkan susulan mogok kakitangan syarikat penerbangan Lufthansa semalam.

Kesatuan Sekerja Verdi berkata mogok bertujuan memberi tekanan kepada pihak pengurusan untuk menaikkan gaji sebanyak 9.5 peratus bagi 20,000 ahlinya dalam menghadapi inflasi.

Mogok itu dijadual diteruskan sehingga Khamis.

Michael Niggemann, ketua sumber manusia Lutfhansa mengkritik langkah mogok tersebut, memandangkan rundingan baharu sahaja dua hari berjalan.

(FOTO AFP)

Mogok dan kekurangan kakitangan telah memaksa banyak syarikat penerbangan membatalkan beribu-ribu penerbangan dan menjejaskan lebih 134,000 penumpang yang terpaksa menunggu di lapangan terbang utama.

Verdi bulan lalu menuntut kenaikan gaji 9.5 peratus, atau sekurang-kurangnya 350 euro setiap bulan selama 12 bulan untuk kesemua 20,000 pekerja yang terkesan akibat inflasi .

Lufthansa telah menawarkan peningkatan gaji sebanyak 150 euro untuk tahun ini dan tambahan 100 euro bermula 2023, serta peningkatan 2 peratus bermula pertengahan 2023 bergantung kepada keputusan kewangan syarikat.

Verdi bagaimanapun menolak tawaran itu dengan menjelaskan ia tidak mencukupi untuk mengimbangi inflasi yang melambung tinggi, mencecah 8.2 peratus di Jerman pada Jun.-AFP

Media Baharu