fb fb fb fb fb

Penunjuk perasaan menyerbu Parlimen Iraq di Zon Hijau

BAGHDAD, 28 Julai- Penunjuk perasaan di Iraq semalam menyerbu Zon Hijau yang menempatkan bangunan Parlimen Baghdad sebagai protes terhadap pencalonan perdana menteri baharu oleh parti Syiah yang pro-Iran.

Penunjuk perasaan berarak ke Zon Hijau selepas mengalihkan beberapa halangan konkrit.

Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi menyeru penunjuk perasaan segera berundur dari Zon Hijau.

Ketua gerakan Sadrist, Saleh Muhammad al-Iraqi, berkata: "Saya berdiri dengan penuh hormat. Ia adalah mesej spontan dan reformis yang indah, terima kasih."

"Keselamatan anda lebih penting daripada perkara lain. Jika anda mahu berundur, saya akan menghormati keputusan ini," katanya kepada penunjuk perasaan.

Pada Isnin, gabungan parti Syiah yang pro-Iran, mencalonkan Mohammed al-Sudani sebagai perdana menteri baharu.

Pencalonan Al-Sudani ditentang ulama Muqtada al-Sadr yang partinya memenangi pilihan raya umum tahun lalu.

Parlimen Iraq dijadual mengadakan sesi pemilihan perdana menteri baharu melibatkan 25 calon dan proses ini mengambil masa beberapa hari.

Penunjuk perasaan di Zon Hijau / FOTO AFP

Langkah ini perlu untuk melantik perdana menteri baharu secara rasmi.

Pencalonan Al-Sudani dijangka diluluskan oleh Parlimen selepas blok al-Sadr menarik diri pada Jun. -AFP

Media Baharu