fb fb fb fb fb

EU luluskan pelan kecemasan kurangkan penggunaan gas

(Tempat penyimpanan gas asli di Uniper Energy Storage di Bierwang, selatan Jerman/FOTO AFP)

BRUSSELS, 28 Julai - Negara-negara Kesatuan Eropah (EU) siap sedia hadapi sekatan bekalan gas oleh Rusia setelah meluluskan pelan kecemasan untuk mengekang permintaan bahan api itu.

Persetujuan dicapai dengan menandatangani perjanjian mengehadkan penggunaan gas secara sukarela sebagai langkah mengurangkan kebergantungan bahan api.

Rusia mula menyekat gas ke Eropah bermula semalam selepas Gazprom memaklumkan syarikatnya akan memotong penghantaran gas menerusi saluran paip Nord Stream 1 ke Jerman.

(Gambar talian gas diambil pada 24 MacĀ lalu di Open Grid Europe (OGE)
merupakanĀ 
salah satu pengendali sistem penghantaran gas terbesar di Eropah, di Werne, Jerman barat/FOTO AFP)

Dilaporkan, kebanyakan negara EU berdepan dengan pengurangan bekalan gas dari Rusia.

Justeru, Brussel menggesa negara anggota untuk menjimatkan gas dan menyimpannya untuk musim sejuk.

Ini kerana bimbang Rusia akan menghentikan bekalan sepenuhnya sebagai tindak balas terhadap sekatan Barat berikutan pencerobohan Moscow di Ukraine.

Menteri-menteri tenaga meluluskan cadangan yang membolehkan semua negara EU secara sukarela mengurangkan penggunaan gas sebanyak 15 peratus dari Ogos 2022 hingga Mac 2023 - REUTERS

Media Baharu