fb fb fb fb fb

Majlis Keselamatan PBB kutuk hukuman mati oleh Junta Myanmar

(FOTO AFP)

BANGKOK, 28 Julai- Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan junta Myanmar mengenakan hukuman mati ke atas empat banduan.

Menerusi konsensus yang jarang berlaku, Majlis Keselamatan pada Rabu menyeluarkan kenyataan mengutuk hukuman mati itu – yang pertama di Myanmar dalam tempoh beberapa dekad – dan menggesa pembebasan segera pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi.

“Anggota Majlis Keselamatan mengutuk tindakan pihak tentera Myanmar mengenakan hukuman mati terhadap aktivis pembangkang hujung minggu lalu,” kata Majlis Keselamatan PBB. (Artikel berkaitan klik disini Junta Myanmar hukum mati empat tahanan, pertama kali sejak 1988)

"Mereka mengulangi kenyataan Setiausaha Agung pada 25 Julai 2022 serta menggesa agar segera membebaskan ke semua banduan yang telah ditahan tanpa alasan atau bukti kukuh.

Kenyataan itu disokong Rusia dan China – dua sekutu utama junta yang sebelum ini mendapat perlindungan di PBB – serta negara jiran India.

“Kami mengalu-alukan pendirian Majlis Keselamatan PBB mengutuk pembunuh ke atas aktivis demokrasi,” tulis Kerajaan Perpaduan Nasional (NUG) menerusi akaun Twitter yang disahkan kesahihannya.

Ini adalah masanya Majlis Keselamatan PBB "mengambil tindakan lebih tegas terhadap junta,” tambah status itu.

NUG -- yang didominasi oleh ahli parlimen dari parti pimpinan Aung San Suu Kyi dan diisytiharkan sebagai organisasi pengganas oleh junta – kini turut berusaha untuk menggulingkan kuasa tentera.

Hukuman bunuh yang diumumkan Isnin lalu telah mencetuskan kecaman dari seluruh dunia, serta meningkatkan kebimbangan bahawa lebih ramai lagi akan dikenakan hukuman bunuh seterusnya mendiring mendorong gesaan agar perlunya langkah antarabangsa yang lebih tegas terhadap junta Myanmar yang dikatakan semakin tidak mendapat sokongan.

Kalangan empat yang dikenakan hukuman mati ialah bekas ahli parlimen parti Suu Kyi, Liga Demokratik Kebangsaan (NLD), Phyo Zeya Thaw dan aktivis demokrasi veteran Kyaw Min Yu – atau lebih dikenali sebagai "Jimmy".

Kedua-duanya dikenakan hukuman mati bawah undang-udang antikeganasan. –AFP


(Nasionalis Myanmar mengadakan protes di luar Universiti PBB di Tokyo pada 26 Julai 2022
atas tindakan junta mengenakan hukuman mati ke atas empat banduan/AFP)

Media Baharu