QINGYUAN, 22 April- Pasukan penyelamat di wilayah Guangdong memindahkan penduduk yang terperangkap dan membawa beberapa warga emas menggunakan helikopter. Ia bagi menyelamatkan penduduk kampung yang terperangkap dalam kejadian tanah runtuh.
Delta Sungai Pearl yang mempunyai berpenduduk padat dan pernah digelar sebagai "lantai kilang dunia" terdedah kepada banjir musim panas. Lokasi itu telah dibina dengan pertahanan yang kuat terhadap kesan gangguan banjir.
Guangdong telah dilanda hujan lebat yang luar biasa, sejak Khamis diikuti dengan ribut kuat yang membawa kepada permulaan musim banjir lebih awal daripada biasa.
Saintis sukar meramalkan keadaan berikutan cuaca yang tidak menentu selain pemanasan global, kata saintis.
Bandar Shaoguan, Qingyuan, Zhaoqing dan Jiangmen di sebelah barat dan utara ibu kota wilayah Guangzhou turut ditenggelami air banjir.
Penerbangan domestik yang tiba di Guangzhou dibatalkan manakala penerbangan antarabangsa ditangguhkan. Beberapa syarikat penerbangan asing yang menuju ke China juga mengambil lencongan bagi meneruskan perjalanan ke negara tembok besar itu.
Bagaimanapun tiada kematian direkodkan di Guangdong, namun 11 indicidu di wilayah itu masih hilang pada Isnin. Perkara itu dilaporkan agensi berita Xinhua milik kerajaan, namun tidak mengeluarkan butiran lanjut.
Dua syarikat di wilayah itu yang memberitahu Reuters, keadaan banjir tidak memberikan kesan terhadap perniagaan atau rantaian bekalan.
"Semuanya berjalan seperti biasa dan semua orang mula bekerja," kata seorang individu di Camelot PCB, sebuah syarikat pembuat kenderaan elektrik yang turut membekalkan perkhidmatan kepada Tesla.
Sebuah syarikat plastik Polyrocks Chemical yang perkhidmatan kepada syarikat gergasi teknologi seperti Apple, Huawei dan Samsung, juga tidak terjejas.
Keadaan sungai mula menunjukkan paras air yang semakin meningkat dan melebihi paras selamat. Selain itu penerimaan hujan juga dilihat dua hingga tiga kali lebih banyak berbanding biasa.- REUTERS