fb fb fb fb fb

Mahkamah Indonesia tolak satu petisyen tuntut pilihan raya

Anies Baswedan/REUTERS

JAKARTA, 22 April- Mahkamah Indonesia menolak sepenuhnya cabaran daripada Anies Baswedan yang menuntut pemilihan semula Presiden Indonesia pada Februari lepas.

Kemenangan itu menjadi milik Prabowo Subianto dan pasangannya.

Mahkamah Perlembagaan memutuskan bahawa tiada bukti penipuan dan "campur tangan" presiden, badan negeri, pegawai wilayah dan bantuan sosial untuk mempengaruhi pilihan raya.

"Petisyen plaintif tidak mempunyai asas undang-undang secara keseluruhannya," kata Ketua Hakim Negara Suhartoyo ketika mengumumkan keputusan itu.

Lima hakim memutuskan untuk menolak petisyen berkenaan, dengan tiga pendapat berbeza, katanya.

Calon presiden yang kalah Anies dan Ganjar Pranowo kedua-duanya secara berasingan mendakwa terdapat campur tangan kerajaan untuk memihak kepada Menteri Pertahanan Prabowo, yang menang dengan kelebihan besar selain menyifatkan pasangannya, anak lelaki presiden sekarang berusia 36 tahun, tidak sepatutnya dibenarkan untuk mengambil bahagian.

Bagaimanapun pentadbiran dan Prabowo telah menolak dakwaan itu.

Para hakim dijangka membaca keputusan mengenai petisyen Ganjar pada Isnin.

Saingan bekas komander pasukan khas Prabowo telah memohon kehilangan kelayakannya dengan alasan pengagihan meluas bantuan sosial kerajaan, termasuk pemberian beras, wang tunai dan baja, di kawasan utama telah mempengaruhi undi yang memihak kepadanya.

Anggota kabinet di mahkamah menafikan bahawa bantuan itu mempengaruhi pengundi. Prabowo, yang memenangi 58 peratus undi, telah menolak dakwaan itu dan mengatakan ia sebagai tidak berasas.

Hakim Saldi Isra, tidak bersetuju bahawa bantuan sosial telah digunakan untuk kelebihan pilihan raya dan berhujah untuk mengundi semula di beberapa kawasan.

"Berdasarkan pertimbangan undang-undang dan fakta, pengagihan bantuan sosial... untuk keuntungan pilihan raya tidak boleh diabaikan sama sekali," katanya.

Anies dan Ganjar, masing-masing memperolehi kira-kira 25 peratus dan 16 peratus undi. Mereka juga mendakwa bahawa sokongan daripada Presiden Joko Widodo (Jokowi) memberi kelebihan kepada Prabowo.

Jokowi berada bawah penelitian menjelang pilihan raya, dengan pengkritik mendakwa beliau menyalahgunakan kedudukannya untuk memihak kepada Prabowo. Ia dengan tujuan mengekalkan legasinya selepas sedekad bertanggungjawab ke atas ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.

Calon presiden yang kalah juga mengadu kepada Mahkamah Perlembagaan mengenai kemasukan anak Jokowi, Gibran Rakabuming Raka sebagai pasangan calon Prabowo.

Keputusan berkenaan perkara itu dibolehkan oleh mahkamah pada Oktober.

Ketua hakim negara ketika itu ialah abang ipar Jokowi. Namun tindakan itu ditegur oleh panel etika, kerana membenarkan campur tangan daripada "pihak luar."

Beliau dihalang daripada terlibat dalam kes berkaitan pilihan raya.

Biarpun terdapat pelanggaran etika, hakim berkata tiada bukti nepotisme atau campur tangan presiden berhubung keputusan itu.

Bekas Gabenor Jakarta Anies berulang kali memberi amaran tentang keadaan demokrasi di Indonesia yang berisiko untuk kembali seperti waktu pemerintahan Suharto.-REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI