fb fb fb fb fb

Banyak sekolah di New Zealand terima ancaman bom

(Foto hiasan/AFP)

WELLINGTON, 28 Julai- Sekurang-kurangnya lebih sepuluh buah sekolah di New Zealand menerima ancaman bom pada Khamis, menyebabkan gangguan meluas yang dipercayai sebagai serangan siber dari luar negara.

Kebanyakan sekolah yang menerima ancaman terpaksa ditutup manakala pelajar diarahkan pulang.

Gelombang ancaman baharu itu diterima 24 jam selepas empat sekolah di Waikato, Thames dan Gisborne di North Island menerima ancaman bom.

Cherie Taylor-Patel, Presiden Pengetua Persekutuan New Zealand, memberitahu RNZ bahawa pihaknya ada bercakap dengan wakil Kementerian Pendidikan, mengatakan bahawa “ia sebenarnya cyberbot yang datang dari luar negara".

Polis New Zealand dalam kenyataan menyebut, “mereka tidak merasakan ada risiko keselamatan.”

Namun pihak berkuasa masih menjalankan siasatan atas ancaman yang diterima di beberapa sekolah di Marlborough, Masterton, Kaikoura, Greymouth, Queenstown, Levin, Whanganui, Rolleston, Takaka, Geraldine, Dunstan, Ashburton dan Palmerston North.

Menurut Komander Tasman, Simon Feltham mereka ada bercakap dengan "dua anak muda" berhubung ancaman yang dibuat terhadap Kolej Perempuan Marlborough.

Setakat ini tiada laporan mengenai alat letupan ditemui di mana-mana sekolah yang disasarkan.

Pada 2016 kejadian hampir sama berlaku, apabila sekolah di seluruh New Zealand dan Australia menerima panggilan palsu bahawa terdapat bom yang dipasang di dalam premis itu.

Pada 2018, seorang warga Israel-Amerika Syarikat dikenakan hukuman penjara 10 tahun oleh mahkamah Israel kerana membuat kira-kira 2,000 panggilan penipuan di Amerika Utara, Britain, Australia, New Zealand, Norway dan Denmark. -AFP


(Foto hiasan/AFP)

Media Baharu