fb fb fb fb fb

Singapura arah dua produk mi segera diarah tarik balik

SINGAPURA, 6 Oktober - Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik dua produk di bawah jenama mi segera Mie Sedaap .

Ini selepas ia didapati mengandungi etilena oksida, iaitu racun perosak yang tidak dibenarkan digunakan dalam makanan.

SFA sudahpun mengarahkan pengimport supaya menarik balik mi segera jenama Mie Sedaap berperisa Korean Spicy Soup dan produknya berperisa Korean Spicy Chicken.

Kedua-dua produk berkenaan datang dari Indonesia.

Berikutan pengesanan etilena oksida dalam dua produk aiskrim Haagen Dazs pada Ogos 2022, SFA meneliti produk makanan lain, termasuk mi segera.

Ia juga sedang bekerjasama dengan pengimport dan pihak berkuasa Indonesia untuk menjalankan siasatan dan membetulkan punca pencemaran etilena oksida.

Tambah SFA lagi, sekirannya etilena oksida yang dikesan melebihi tahap maksimum yang ditetapkan, agensi tersebut akan memulakan penarikan balik produk-produk terjejas sebagai langkah berjaga-jaga.

Agensi tersebut bertegas bahawa pendedahan kepada etilena oksida "perlu dikurangkan sebanyak mungkin".

Media Baharu