LEON, 10 Ogos- Pasukan bomba Sepanyol pada Ahad berusaha memadamkan beberapa kebakaran hutan di wilayah Leon ketika negara itu dilanda gelombang haba terik.
Unit kecemasan tentera Sepanyol turut dikerahkan bagi mengawal penularan api di bandar Yeres dan Orallo.
Sementara itu, lima lagi kebakaran dilaporkan di wilayah Castille dan Leon, menjadikan keseluruhan tujuh kebakaran aktif.
Pihak berkuasa wilayah mengisytiharkan amaran tahap dua bagi dua kebakaran berikutan lokasinya yang berhampiran kawasan penempatan.
Agensi meteorologi Sepanyol (AEMET) meramalkan gelombang haba yang bermula pada 4 Ogos itu akan berterusan sehingga Khamis depan (14 Ogos). -REUTERS