GAZA, 10 Ogos - Sekurang-kurangnya 662 atlet dan pegawai sukan Palestin terbunuh dalam serangan Israel di Palestin.
Persatuan Bola Sepak Palestin (PFA) menyatakan, seramai 662 atlet dan pegawai sukan Palestin telah terbunuh sejak perang Israel bermula 22 bulan lalu.
Menurut PFA, 288 kemudahan sukan juga telah rosak atau musnah di Gaza dan Tebing Barat daripada stadium dan tempat latihan kepada gim dan rumah kelab.
Sebilangan besar 268 kemudahan itu berada di Gaza manakala 20 buah di Tebing Barat dengan kira-kira separuh daripadanya adalah untuk sukan bola sepak.
Antara bangunan yang terjejas dalam serangan udara Israel ialah ibu pejabat PFA di Gaza. - AL JAZEERA