fb fb fb fb fb

PM Thailand arah siasatan segera tembakan di taska

(Ketua Polis Negara Thailand, Damrongsak Kittiprapat (Dua dari kanan) bercakap dengan
pasukan operasi polis di wilayah Nong Bua Lam Phu di utara Thai
selepas kejadian tembakan di sebuah taska/FOTO AFP)

BANGKOK, 6 Oktober - Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan ia adalah satu insiden yang mengejutkan.

"Berkaitan kejadian ngeri ini... Saya ingin merakamkan rasa dukacita dan salam takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dan cedera," katanya melalui hantaran di Facebooknya.

Prayuth pada masa sama mengarahkan hospital merawat mangsa yang cedera dengan segera.

Menurut polis, penyerang sebelum itu menghadiri satu perbicaraan mahkamah atas pertuduhan dadah.


(Orang ramai berkumpul selepas seorang bekas anggota polis
menembak mati 35 orang di sebuah taska di wilayah Nong Bua Lam Phu, utara Thai/FOTO AFP)

Ketika kejadian, kira-kira 30 kanak-kanak berada di taska berkenaan, kurang daripada biasa, kerana hujan lebat telah menghalang penjaga menghantar anak mereka.

Penyerang menyerbu taska sekitar waktu makan tengah hari dan menembak empat atau lima kaktangan taska dan antara yang terkorban adalah seorang guru yang sedang hamil lapan bulan.

Lelaki bersenjata itu kemudian masuk ke dalam sebuah bilik berkunci di mana kanak-kanak sedang tidur, lalu membunuh mereka dengan pisau.

Artikel berkaitan:
Thailand: Tembakan di taska, angka maut meningkat 35 orang termasuk kanak-kanak

Media Baharu