fb fb fb fb fb

Bintang kriket Nepal berdepan tuduhan rogol

(Pemain kriket Nepal, Sandeep Lamichhane diiringi polis
selepas ditahan untuk menghadapi tuduhan rogol, di lapangan terbang
antarabangsa Tribhuvan di Kathmandu hari ini/FOTO AFP)

NEPAL, 6 Oktober - Bintang kriket Nepal, Sandeep Lamichhane tiba di Kathmandu pada Khamis bagi berdepan tuduhan merogol seorang gadis berusia 17 tahun.

Pemain kriket berusia 22 tahun itu sebelum ini enggan kembali ke Nepal telah menukar fikirannya dan berjanji untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

Sebelum ini Lamichhane membuat hantaran di laman Facebooknya bahawa dia akan kembali pulang ke Nepal untuk melawan tuduhan yang dikenakan terhadapnya.

" Saya akan memberi kerjasama sepenuhnya dalam semua peringkat penyiasatan.

"Saya akan membela diri untuk membuktikan saya tidak bersalah. Biar keadilan ditegakkan," katanya.

(Lamichhane kembali ke Nepal hari ini untuk berdepan tuduhan rogol selepas
hampir sebulan waran tangkap dikeluarkan/FOTO AFP)

Bagaimanapun, dia menafikan penglibatannya dalam kes tersebut dan menganggapnya sebagai tidak berasas. 

Kriket Nepal telah menggantung tugas Sandeep sebagai kapten pasukan sejurus berita berkait penglibatannya sebagai suspek utama tersebar.

Mahkamah di negara itu mengeluarkan waran tangkap terhadap Lamichhane pada 8 September lalu.- AFP

Media Baharu