fb fb fb fb fb

Silap mendarat, tujuh tentera AS cedera

FOTO: AFP


WASHINGTON, 25 Januari- Tujuh tentera laut Amerika Syariakt (AS) cedera selepas pesawat pejuang melakukan kesilapan ketika mendarat di kapal pengangkut pesawat AS di Laut China Selatan, semalam.

Menurut Armada Pasifik AS, kemalangan itu berlaku apabila sebuah pesawat tempur F-35C cuba mendarat di USS Carl Vinson ketika menjalani operasi penerbangan rutin.

Jelasnya, juruterbang pesawat itu berada dalam keadaan stabil selepas bertindak keluar dari pesawat sebelum diselamatkan helikopter.

"Tujuh anak kapal cedera, tiga daripadanya dibawa ke Manila, Filipina untuk rawatan tetapi keadaan mereka stabil. Empat lagi yang cedera dirawat di atas kapal," kata dalam satu kenyataan.

Setakat ini, tiada butiran diberikan mengenai punca kejadian dan insiden masih dalam siasatan.

Ahad lalu, Vinson dan sebuah lagi kapal induk AS, USS Abraham Lincoln serta pasukan tempur memulakan latihan Laut China Selatan selepas menamatkan latihan bersama tentera laut Jepun di Laut Filipina. -AFP

Media Baharu