fb fb fb fb fb

Ketua Pemberontak terbunuh dalam pertempuran dengan pihak tentera - Presiden Colombia

FOTO AFP

BOGOTA, 25 Januari- Komander kumpulan serpihan pemberontak yang menolak perjanjian damai 2016, Colombia terbunuh semasa pertempuran dengan pihak tentera.

Perkara itu disahkan Presiden Colombia, Ivan Duque menerusi satu kenyataan. 

“Euclides Espana@Jhonier telah ‘dineutralkan’. Ini adalah satu tamparan hebat yang telah dilakukan terhadap kumpulan pemberontak berhaluan kiri FARC. Kita bercakap mengenai seorang penjenayah dengan 25 tahun rekod pembunuhan, menurut kenyataan presiden.

Pihak tentera melaporkan, Jhonier dilaporkan tewas dalam satu operasi tentera bersama polis di bandar Tacueyo, Cauca.

"Kami menggunakan teknologi terkini dan pasukan terbaik untuk perisikan dan mereka (pemberontak) hanya boleh bergerak terutama pada waktu malam dan hari ini kira-kira 3:00 petang, simbol kejahatan telah dineutralkan," jelas Komander Angkatan Tentera Colombia, Jeneral Luis Fernando Navarro.

FARC merujuk kepada Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia. Setakat 2016 kumpulan berhaluan kiri itu telah melancarkan lebih daripada separuh abad konflik bersenjata di Colombia.

Pada 2016, mereka menandatangani perjanjian untuk menamatkan konflik, namun ada kalangan mereka tidak bersetuju dan berpecah sebagai kumpulan serpihan. 

Jhonier yang umurnya tidak didedahkan, menyelaras beberapa kumpulan penentang dipimpin oleh Gentil Duarte dan Ivan Mordisco, kedua-duanya paling dikehendaki di Colombia.

Jhonier disenaraikan sebagai pengganas oleh Amerika Syarikat manakala kerajaan Colombia menawarkan ganjaran $755,000 sebagai imbuhan kepada individu yang memberikan maklumat yang membawa kepada penangkapan lelaki itu.

Berbadan pendek dan gempal, Jhonier tidak dikenali kalangan orang awam sehinggalah dia ditemu bual pada 2020 mengenai perkembangan kumpulan serpihan oleh akhbar El Espectador.

Menurut Institut Kajian Pembangunan dan Keamanan NGO (Indepaz), terdapat kira-kira 5,000 anggota pemberontak masih aktif. Mereka terbahagi kepada dua kumpulan, satu diketuai oleh Gentil Duarte dan ke-2 dipanggil Marquetalia. -AFP

Media Baharu