fb fb fb fb fb

6 terkorban akibat rempuhan di stadium

FOTO: AFP

YAOUNDE, 25 Januari- Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh, manakala berpuluh lagi cedera akibat rempuhan di pintu masuk Stadium Olembe, di ibu negara Cameroon.

Kejadian berlaku sebelum perlawanan Piala Negara-Negara Afrika bermula, semalam.

"Rempuhan di pintu masuk ke Stadium Olembe menyebabkan enam maut dan berpuluh-puluh lagi cedera," kata agensi penyiar negara itu, CRTV.

Mangsa yang cedera difahamkan dimasukkan ke Hospital Messassi selepas kejadian berkenaan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila penyokong berebut-rebut untuk masuk ke tempat duduk di aras bawah stadium.

Susulan kejadian itu, Persekutuan Bola Sepak Afrika (CAF) akan menyiasat insiden berkenaan bagi mendapatkan butiran lanjut mengenainya.

Persekutuan itu berkata, Setiausaha Agung CAF akan melawat penyokong yang cedera di hospital, selain berunding dengan kerajaan Cameroon dan Jawatankuasa Penganjur berhubung kejadian itu.

Bagaimanapun, keadaan di stadium terkawal selepas perlawanan tamat dengan Cameroon menewaskan Comoros menerusi jaringan 2-1. -AFP

Media Baharu