fb fb fb fb fb

Olimpian Hungary, Szilveszter Csollany meninggal akibat COVID-19

FOTO AFP

BUDAPEST, 25 Januari- Pemenang pingat emas Sukan Olimpik 2000 Hungary, Szilveszter Csollany meninggal dunia akibat COVID-19 pada usia 51 tahun, kata pihak berkuasa tempatan pada Isnin.

Csollany jatuh sakit pada bulan Disember dan dimasukkan ke hospital dan bergantung kepada bantuan pernafasan.

Walaupun Csollany telah berkongsi beberapa siaran mengenai 'anti vaksin' di halaman Facebooknya, dia telah diberi vaksin kerana tuntutan kerja sebagai jurulatih gimnastik, lapor akhbar Blikk.

"Dengan rasa sedih yang mendalam kami memaklumkan kepada anda tentang kematian Szilveszter Csollany," kata Jawatankuasa Olimpik Hungary.

Csollany meraih pingat perak di Sukan Atlanta pada 1996, namun beraksi lebih baik di Sydney empat tahun kemudian dengan mengalahkan pemain Greece Dimosthenis Tampakos dan pemain Bulgaria Yordan Yovchev untuk merangkul emas.

Juara Eropah pada tahun 1998, beliau juga memenangi emas pada Kejohanan Dunia 2002 di Debrecen.

Selepas bersara, Csollany terus berkhidmat sebagai jurulatih di Iceland dan Austria.- AFP

Media Baharu