fb fb fb fb fb

18 orang terbunuh perbalahan antara komuniti di Papua Barat

 

FOTO SUARA.COM

INDONESIA, 25 Januari- Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam pertempuran melibatkan dua kumpulan komuniti di Sorong, Wilayah Papua Barat.

Perbalahan tercetus di sebuah kelab malam dan kebanyakan mangsa yang terbunuh selepas pusat hiburan itu terbakar.

“Kejadian berlaku malam tadi (Isnin) kira-kira 11.00 malam. Ia konflik berpanjangan susulan perbalahan pada Sabtu,” jelas Ketua Polis Sorong, Ary Nyoto Setiawan menerusi satu kenyataan.

Seorang mangsa mati ditikam dan 17 lagi ditemukan mati selepas Kelab Malam ‘Double O’ itu terbakar.

“Kami menemukan 17 mayat di Double O, kesemua mangsa ditemui di tingkat dua bangunan. Kami telah memindahkan mangsa yang terkorban ke Selebe Solu Hospital," menurut Ketua Bahagian Kesihatan, Polis Sorong, Edward Panjaitan.

Polis sedang menjalankan siasatan punca kebakaran.

“Kelab malam itu mula terbakar dari tingkat satu bangunan. Kami telah cuba memindahkan ke semua pengunjung kelab, tetapi selepas bomba berjaya memadam kebakaran, polis menemukan beberapa mayat, jelas Setiawan.

Visual televisyen dari media tempatan menunjukkan kesan hitam akibat kebakaran pada bangunan dan kereta. -AFP

Media Baharu