fb fb fb fb fb

Ribuan individu diperlukan bagi ujian pil antiviral COVID-19 Merck

FOTO Google


BRITAIN, 25 Januari- 6,000 individu lagi diperlukan bagi melaksanakan ujian percubaan pil antiviral COVID-19 Merck.

Menurut Kementerian Kesihatan Britain, setakat ini 4,500 sukarelawan telah mendaftar untuk mendapatkan pil berkenaan.

Bagaimanapun, ribuan individu lagi diperlukan untuk mengumpul lebih banyak data berkaitan keberkesanannya.

Pengerusi Pasukan Petugas Antiviral, Eddie Gray menjelaskan, kajian yang dikenali sebagai Panoramic itu sangat penting untuk menilai bagaimana ubat antivirus boleh digunakan dalam populasi yang sebahagian besarnya telah divaksin.

Ini bukan sahaja untuk melindungi mereka yang berisiko terdedah dengan jangkitan wabak COVID-19.

Molnupiravir diluluskan pengawal selia perubatan (MHRA), pada November tahun lalu. -AFP

Media Baharu