fb fb fb fb fb

Omicron bukan varian terakhir - WHO

FOTO AFP

GENEVA, 25 Januari- Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tidak menolak kemungkinan bakal berlaku peralihan daripada fasa sukar dalam menangani pandemik COVID-19 tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, peralihan tersebut mampu dilaksana jika strategi dalam kecemasan kesihatan global seperti saringan dan vaksinasi digunakan secara menyeluruh.

Justeru, beliau menyifatkan anggapan bahawa Omicron varian terakhir dan dunia sedang menuju ke penghujung pandemik adalah pandangan yang berbahaya.

Dalam ucaptama pada mesyuarat Lembaga Eksekutif, Dr Tedros berkata, sejak Omicron dikesan sembilan minggu lalu, lebih 80 juta kes positif COVID-19 dilaporkan.

Beliau menggesa negara di seluruh dunia menjalin kerjasama erat untuk keluar daripada fasa sukar pandemik, menggunakan kaedah sedia ada.

"Pandemik COVID-19 kini memasuki tahun ketiga dan kita berada di persimpangan yang sangat kritikal.

"Kita perlu bekerjasama untuk keluar daripada fasa sukar pandemik ini. Kita tidak boleh biarkan ia berlarutan, tanpa bersikap panik dan tidak acuh," katanya.

Kerjasama adalah penting untuk keluar daripada fasa sukar pandemik ini yang tidak boleh dibiar berlarutan dengan sikap sambil lewa. -AFP

Media Baharu