SYDNEY, 25 Januari- Siklon Tropika Kirrily dijangka dijangka melanda timur laut Australia lewat hari ini.
Siklon kategori tiga itu dijangka melanda bandar-bandar di sepanjang pantai 'Great Barrier Reef'.
Siklon berkenaan dijangka menjejaskan 180,000 penduduk 'Townsville'; membawa angin berkelajuan lebih 160 kilometer (100 batu) sejam.
Kira-kira satu perempat juta orang berada di bawah amaran, selain menyebabkan sekolah ditutup dan orang ramai diminta bersiap sedia menghadapi siklon tersebut.
Terdahulu, Taufan Tropika Jasper melanda timur laut Australia menyebabkan banjir di lebuh raya utama, menumbangkan pokok, serta menyebabkan 40,000 kediaman dan premis terputus bekalan elektrik. - AFP