fb fb fb fb fb

Kebakaran di kilang penapisan minyak, syarikat penerbangan terjejas

Foto REUTERS

TUAPSE, 25 Januari- Kebakaran di kilang penapisan minyak di Tuapse, selatan Rusia menjejaskan perjalanan udara terutama bagi syarikat penerbangan.

Menurut laporan agensi berita Rusia RIA, syarikat penerbangan yang terletak di bandar Sochi, kira-kira 100 kilometer dari lokasi kejadian terpaksa menggantungkan penerbangan mereka buat sementara waktu.

Krew dan pengawal trafik udara sebelum ini telah mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan penerbangan di rantau tersebut.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

Tiada laporan kecederaan susulan insiden kebakaran itu - REUTERS

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM