fb fb fb fb fb

39 maut akibat kebakaran kedai dua tingkat di China

Kepulan asap tebal dari sebuah bangunan selepas sebuah kedai jalanan terbakar di Bandar Xinyu, Wilayah Jiangxi, China dalam tangkap layar daripada video yang tular di media sosial/FOTO REUTERS

BEIJING, 25 Januari - Sekurang-kurangnya 39 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam kejadian kebakaran di ruang bawah tanah sebuah kedai jalanan di Bandar Xinyu di Wilayah Jiangxi.

Media Kerajaan China dan kerajaan tempatan berkata, sambil menambah berkata beberapa orang masih lagi terperangkap di tingkat bawah tanah kedai di Tiangongnan Avenue di daerah Yushui.

Menurut saluran media China Daily yang memetik ibu pejabat kecemasan kebakaran tempatan berkata, kebakaran berlaku pada sebelah petang.

Menerusi kenyataan kerajaan, tanpa mendedahkan bilangannya, mangsa yang cedera dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut Xinhua News, selepas kejadian kebakaran terbaharu itu, Presiden China Xi Jinping menuntut agar usaha ditingkatkan untuk mengekang kemalangan dan memastikan keselamatan orang ramai.

Minggu lalu, seramai 13 orang pelajar di menjadi mangsa korban dalam kejadian kebakaran asrama di sekolah wilayah Henan, China Tengah.

Tujuh kakitangan sekolah terbabi ditahan polis berhubung kejadian itu. - REUTERS

GRACE AISYAH KEDAYAN