fb fb fb fb fb

Empat kanak-kanak terbunuh dalam serangan baharu Israel

Foto WAFA

GAZA, 25 Januari- Empat kanak-kanak terbunuh dalam serangan rejim zionis di Gaza, tengah malam tadi.

Memetik agensi berita Palestin, WAFA, sumber berkata orang awam menemukan mayat kanak-kanak di bawah runtuhan selepas pesawat Israel mengebom seluruh kediaman di kem pelarian Nuseirat.

Penjajah Israel terus bertindak kejam melakukan pengeboman berterusan terutama menerusi serangan udara di bandar Khan Yunis.

Mereka menyasarkan beberapa kawasan kejiranan dan kawasan perindustrian.

Serangan peluru berpandu juga menyasarkan Hospital Nasser di Khan Yunis.

Artikel Berkaitan:
Lebih 625,000 pelajar hilang pendidikan di Gaza
Tragedi Gaza bukan peperangan tetapi pembunuhan besar-besaran
Kereta kebal Israel bunuh 9 orang di pusat perlindungan di Gaza

 

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM