KUALA LUMPUR, 4 November - Ketua Junta Myanmar, Min Aung Hlaing, dijadualkan melawat China minggu ini untuk menghadiri beberapa sidang kemuncak serantau pada 6 hingga 7 November tidak lama lagi
Menurut laporan televisyen tempatan MRTV, ia merupakan lawatan pertama beliau ke negara jiran itu sejak menggulingkan pemerintah yang dipilih dalam rampasan kuasa pada 2021.
Beliau akan menghadiri sidang kemuncak Subwilayah Mekong Besar dan Strategi Kerjasama Ekonomi Ayeyawady-Chao Phraya-Mekong (ACMECS), serta menyertai mesyuarat bersama Kemboja, Laos, dan Vietnam di Kunming. - REUTERS