GAZA, 5 November- Serangan berterusan Zionis menyaksikan sekurang-kurangnya 33 lagi rakyat Palestin terbunuh, menjadikan angka keseluruhan korban mencecah 43, 374 individu.
Kementerian Kesihatan turut memaklumkan, 102,261 orang lagi, cedera.
Peningkatan angka berkenaan, sejak serangan berterusan Zionis tahun lepas.
Kesukaran pasukan penyelamat tiba di lokasi runtuhan juga telah mengakibatkan ramai penduduk masih terperangkap.
Tentera Israel terus melancarkan serangan kejam walaupun terdapat resolusi Majlis Keselamatan PBB yang mendesak gencatan senjata segera.
Serangan berterusan Zionis itu mengakibatkan penduduk berdepan kekurangan makanan, air bersih serta ubat-ubatan.-AFP