fb fb fb fb fb

Cuba bersedia hadapi Ribut Tropika Rafael

Foto REUTERS

HAVANA, 5 November- Cuba bersiap sedia hadapi Ribut Tropika Rafael, yang semakin kuat di Laut Caribbean Selatan.

Pusat Taufan Kebangsaan Amerika Syarikat memaklumkan Rafael dijangka melintasi Jamaica pada Isnin malam sebelum membadai Cuba sebagai Taufan Kategori 1 pada malam Selasa, waktu tempatan.

Ketibaan ribut Rafael menambah tekanan terhadap pulau itu, yang sebelum ini mengalami gangguan besar bekalan elektrik.

Kira-kira 10 juta penduduk terputus bekalan selama beberapa hari.

Lebih 66,000 penduduk di wilayah timur jauh Cuba, Guantanamo, telah dipindahkan sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi hujan lebat dan banjir awal minggu ini.

Rancangan sama juga sedang dilaksana bagi memindahkan ribuan penduduk di wilayah Pinar del Rio, di hujung barat pulau tersebut.

NHC memaklumkan sebahagian besar kawasan barat Cuba berada di bawah amaran taufan.-REUTERS 

Trainee2