WOODSTOCK, 18 Julai - Perdana Menteri Britain, Keir Starmer akan menggunakan pentas Sidang Kemuncak Komuniti Politik Eropah (EPC) untuk menggesa tindakan bagi melindungi sempadan benua itu sambil meningkatkan usaha untuk menangani masalah tunggakan suaka United Kingdom (UK).
Starmer juga menyeru tindakan menyeluruh di seluruh benua untuk menangani "rangkaian penyeludupan manusia" antarabangsa.
Beliau akan menyertai sesi mengenai migrasi yang dipengerusikan bersama pemimpin sayap kanan Itali, Giorgia Meloni di sidang kemuncak di Oxfordshire, selatan England.
Para pemimpin dari 47 anggota EPC akan berkumpul ketika Starmer cuba menetapkan semula hubungan UK dengan jiran-jirannya di Eropah selepas kegawatan Brexit.
Kerajaan baharu Buruh Britain sedang mencari pakatan keselamatan dengan EU dan Starmer juga bertekad untuk mengukuhkan sokongan negara-negara Eropah.-AFP