fb fb fb fb fb

Shenzhou-21 berjaya berlabuh di stesen angkasa Tiangong

Foto REUTERS

BEIJING, 1 November – China melakar satu lagi kejayaan dalam program angkasanya apabila kapal angkasa Shenzhou-21 berjaya berlabuh dengan stesen angkasa Tiangong pada awal pagi Sabtu, menurut Pentadbiran Angkasa Berkrew China (CMSA).

Kapal angkasa itu dilancarkan menggunakan roket Long March-2F dari Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan, barat laut China, pada pukul 11:44 malam Jumaat (waktu Beijing).

Sekitar 10 minit selepas pelancaran, Shenzhou-21 berpisah daripada roket dan memasuki orbit yang ditetapkan sebelum berjaya berlabuh pada pukul 3:22 pagi Sabtu di pelabuhan hadapan modul teras Tianhe.

Menurut CMSA, proses perlabuhan itu mengambil masa kira-kira 3.5 jam, sekali gus mencipta rekod baharu bagi pertemuan dan perlabuhan terpantas antara kapal angkasa Shenzhou dan stesen angkasa Tiangong.

Misi kali ini diketuai oleh Komander Zhang Lu, yang sebelum ini pernah menyertai misi Shenzhou-15, bersama jurutera penerbangan Wu Fei dan pakar muatan Zhang Hongzhang, masing-masing menjalani penerbangan angkasa pertama mereka. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN