fb fb fb fb fb

Kekurangan kakitangan jejas operasi FAA, penerbangan di AS tertangguh

Foto AFP

WASHINGTON, 1 November – Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menangguhkan beberapa penerbangan di lapangan terbang Austin, Newark dan Nashville pada Jumaat susulan kekurangan kakitangan kawalan trafik udara, ketika penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) memasuki hari ke-31.

Menurut FAA, sekurang-kurangnya sembilan kemudahan kawalan trafik terjejas, dengan kelewatan dijangka turut berlaku di lapangan terbang Houston dan Dallas.

Purata kelewatan direkodkan ialah 61 minit di Nashville, 50 minit di Austin, dan 101 minit di Newark, manakala laman FlightAware melaporkan lebih 2,200 penerbangan tertangguh dan 300 dibatalkan setakat tengah hari Jumaat.

0111 LNR USA SHUTDOWN AVIATIONFoto REUTERS

Penutupan kerajaan turut memaksa lebih 13,000 pengawal trafik udara dan 50,000 pegawai TSA bekerja tanpa bayaran, menyebabkan gangguan besar dalam operasi penerbangan di seluruh negara.

Syarikat penerbangan utama termasuk Delta, United, Southwest dan American Airlines menyeru Kongres meluluskan segera rang undang-undang perbelanjaan sementara bagi menamatkan penutupan kerajaan yang menjejaskan keselamatan dan jadual penerbangan.

FAA kini kekurangan kira-kira 3,500 pengawal trafik udara daripada sasaran tenaga kerja, dengan ramai terpaksa bekerja lebih masa bagi menampung kekosongan sejak sebelum penutupan kerajaan bermula. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN