fb fb fb fb fb

Shanghai lapor tujuh kematian, lebih 18,000 kes baharu COVID-19

BEIJING, 20 April - China melaporkan tujuh kes kematian akibat COVID-19 di Shanghai hari ini, menjadikan kes kematian di bandar itu meningkat kepada 17 orang.

Menurut pihak berkuasa, tujuh kematian baharu dilaporkan adalah kes berkaitan penyakit kronik seperti kanser paru-paru dan diabetes.

Lima daripada pesakit melibatkan individu yang berusia lebih 70 tahun.

"Pesakit berdepan sakit teruk selepas dimasukkan ke hospital dan meninggal dunia selepas usaha menyelamat tidak berhasil dengan punca langsung kematian disebabkan penyakit kronik," katanya dalam satu kenyataan.

(Seorang pekerja penghantaran membawa bungkusan di pintu masuk ke kediaman yang dikenakan perintah berkurung di Shanghai pada 18 April 2022/REUTERS)

Dalam pada itu, lebih 18,000 kes baharu turut dilaporkan di bandar berkenaan ketika pihak berkuasa bertungkus lumus mengekang penularan dan sekatan pergerakan yang ketat, dikenakan.

Sejak bulan lalu, Shanghai merekodkan lebih 40,000 kes COVID-19.

Media Baharu