fb fb fb fb fb

Erdogan selar tindakan provokasi rejim zionis di Al-Aqsa

(Foto AFP)

ANKARA, 20 April - Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menggesa rakan sejawatannya dari Israel, Isaac Herzog supaya tidak membenarkan provokasi dan ancaman terhadap status dan kesucian Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis.

Dalam catatan di akaun Twitternya, Erdogan berkata beliau mengadakan perbincangan menerusi telefon dengan Herzog mengenai isu serantau dan hubungan dua hala terutamanya insiden membabitkan beberapa kumpulan radikal Israel dan pasukan keselamatan di Palestin.

Insiden di Tebing Barat dan perkarangan Masjid Al-Aqsa yang menyebabkan rakyat Palestin cedera dan terbunuh sejak bermulanya Ramadan. 

"Saban tahun insiden berpunca daripada pihak radikal ini mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Sejak beberapa minggu lalu, ketegangan antara Israel dan Palestin di Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur kian memuncak," kata Erdogan kepada media.


(Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan/REUTERS)

Kira-kira 200 rakyat Palestin cedera dalam gelombang pertempuran baru-baru ini, terutamanya di perkarangan Masjid Al-Aqsa. 

Perbincangan itu diadakan di tengah-tengah usaha perdamaian antara Israel dan Turki yang hubungan kedua-duanya tegang sejak 2010.- BERNAMA

Media Baharu