fb fb fb fb fb

Israel dan Palestin digesa hentikan keganasan

(Foto AFP)

WASHINGTON, 20 April- Israel dan Palestin diseru untuk menamatkan kitaran keganasan di rantau itu.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken.

Blinken menyatakan perkara tersebut menerusi perbincangan telefon secara berasingan dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Perdana Menteri Israel, Yair Lapid, lapor Agensi Anadolu memetik Jurucakap Jabatan Negara Ned Price.

“Blinken menekankan mengenai pentingnya Palestin dan Israel berusaha menamatkan kitaran keganasan dan mengelak daripada mengambil apa jua tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan,” kata Price dalam satu kenyataan.

Setiausaha negara itu juga mengulangi komitmen AS untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat Palestin dan menyokong ke arah penyelesaian dua negara.

Selain itu, Blinken dan Lapid turut membincangkan usaha menghadapi cabaran global termasuk yang ditimbulkan Iran dan proksinya.


(Ketua Setiausaha Amerika Syarikat, Anthony Blinken/AFP)
 

Media Baharu