fb fb fb fb fb

Shanghai buka semula sektor beli-belah dan perniagaan esok

SHANGHAI, 31 Mei- Shanghai akan beralih ke fasa normal kawalan pandemik COVID-19 bermula esok dengan operasi pusat beli-belah serta premis perniagaan dibenarkan dibuka semula.

Laluan rel juga dibenarkan untuk beroperasi mengikut kapasiti normal dan jumlah penerbangan domestik ke bandar raya juga akan ditingkatkan.

Bagaimanapun Naib Datuk Bandar Shanghai, Zong Ming berkata, pihak syarikat perlu melakukan pelarasan untuk menguruskan faktor kesesakan.

Beliau berkata, pengumuman itu turut menyaksikan orang awam di kawasan risiko rendah boleh kembali bekerja.

(Foto fail/ AFP)

Menurutnya, bagi kawasan awam, ia masih perlu tertakluk kepada kapasiti 75 peratus dan orang ramai perlu menunjukkan keputusan negatif menerusi ujian RT-PCR yang dibuat dalam tempoh 72 jam lalu, sebelum memasuki kawasan.

Bandar raya itu mengumumkan perintah berkurung selama dua bulan berakhir semalam.

Shanghai mula beransur-ansur ke arah pembukaan semula selepas dua bulan penutupan akibat COVID-19. -AFP

Media Baharu