fb fb fb fb fb

Menteri Luar Rusia nafi Putin sedang sakit

MOSCOW, 31 Mei- Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menafikan spekulasi kononnya Presiden Vladimir Putin sedang sakit.

Lavrov berkata, pemimpin Rusia itu muncul di khalayak ramai setiap hari dan tiada sebarang tanda-tanda presiden itu mengalami sebarang perkara tidak diingini.

Terdapat spekulasi media bahawa Putin mungkin mengalami masalah kesihatan yang berkemungkinan kanser.

Sumber perisikan British yang dipetik memberitahu media bahawa Putin sakit tenat minggu lalu.

(Presiden Rusia, Vladimir Putin/ AFP)

Pempimpin Rusia itu terkenal dengan gaya hidup sihat dan suka bersukan.

Agensi perisikan Barat mengambil perhatian terhadap tahap kesihatan Presiden Putin, dari segi mental dan fizikal.

Ini kerana, selain memberi arahan untuk melancarkan pencerobohan tidak dirancang ke atas Ukraine, Putin juga satu-satunya kuasa bagi penggunaan senjata nuklear Rusia. -AFP

Media Baharu