fb fb fb fb fb

Setiausaha Agung PBB bantah larangan Israel sekat operasi UNRWA

Foto AFP

NEW YORK, 30 Oktober - Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres menghantar surat bantahan berhubung undang-undang baharu Israel, yang melarang Agensi Bantuan dan Kerja PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) beroperasi di seluruh wilayah negara haram itu.

Tegas Guterres sekiranya undang-undang tersebut dilaksanakan, ia bakal memberi kesan kepada operasi agensi tersebut di Gaza.

Sekali gus memburukkan lagi situasi kemanusiaan rakyat Palestin di wilayah yang diduduki.

"Saya menegaskan kepada kerajaan Israel untuk mencegah impak buruk itu dengan membenarkan UNRWA meneruskan aktivitinya di wilayah Palestin yang diduduki, termasuk Baitulmaqdis Timur, selaras tanggungjawab agensi bantuan itu yang tertakluk di bawah undang-undang antarabangsa," kata Guterres.

Dalam pada itu jurucakap PBB, Stephane Dujarric mengesahkan bantahan rasmi terhadap larangan yang akan berkuatkuasa dalam tempoh tiga bulan itu, telah dihantar kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu pada Selasa.-AFP

Trainee2