fb fb fb fb fb

China tolak tarif baharu EV

Foto AFP

BEIJING, 30 Oktober - China tidak "bersetuju atau menerima" tarif baharu Kesatuan Eropah (EU) yang tinggi pada kereta elektrik (EV) buatan negara itu.

Demikian menurut jurucakap Kementerian Perdagangan Beijing.

EU mengambil keputusan tersebut selepas siasatan antisubsidi mendapati sokongan Beijing hanya akan melemahkan daya saing pembuat kereta Eropah.

"China menolak keputusan itu dan telah memfailkan aduan di bawah mekanisme penyelesaian pertikaian WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia), dan akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi hak dan kepentingan sah syarikat-syarikat China," tambah jurucakap Kementerian Perdagangan Beijing.

Sementara itu Naib Presiden Suruhanjaya EU, Valdis Dombrovskis dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengalu-alukan persaingan termasuk dalam sektor kenderaan elektrik.

Bagaimanapun ia mesti ditunjangi oleh keadilan dan peluang sama rata.

Sebelum ini, kedua-dua pihak mengadakan lebih 10 pusingan rundingan teknikal mengenai kes tersebut sejak akhir Jun dan menyeru EU mengambil langkah praktikal bagi mengelakkan peningkatan pertikaian perdagangan.-AFP

Trainee2