KIEV, 30 Oktober - Sekurang-kurangnya sembilan orang cedera, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, susulan serangan dron Rusia ke atas Kiev di Ukraine.
Menurut Datuk Bandar, Vitali Klitschko menerusi aplikasi Telegramnya, serpihan yang jatuh dari dron yang musnah turut mencetuskan kebakaran di beberapa buah pangsapuri di daerah Solomianskyi di barat Kiev.
"Setakat ini, kesemua mangsa yang cedera mendapat rawatan perubatan di lokasi kejadian," kata Klitschko.
Sementara itu pentadbiran tentera Kiev mengesahkan bahawa satu lagi kebakaran berlaku di sebuah bangunan bertingkat di daerah sama, disusuli beberapa siri letupan.-REUTERS